Politics

BERSATU yakin pertahan 11 kerusi DUN Johor



am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin dapat mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat Johor akan memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) atas rekod pencapaian kerajaan yang sebelum ini dipimpin oleh Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bekas Perdana Menteri kelapan itu berdepan dengan dua krisis besar iaitu kesihatan dan ekonomi namun berjaya membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19.

“Saya yakin dengan gabungan PAS dan BERSATU atas nama Perikatan Nasional, rakyat Johor akan membuat pertimbangan atas rekod pencapaian kami.

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) berjaya kerana kepimpinan yang kuat, berintegriti, mampu membawa negara kita keluar daripada pandemik (Covid-19).

“Dan juga memulihkan ekonomi Malaysia, ini kenyataan yang saya telah ceritakan tadi yang tidak boleh mereka nafikan.

“Jadi, kalau kita mahu kerajaan yang kuat, berkredibiliti, yang ‘deliver‘ kepada rakyat, yang prihatin kepada rakyat.

“Saya yakin mereka akan memberikan peluang kepada Perikatan Nasional,” katanya pada sidang media selepas Program Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina bersama Dewan Perniagaaan Cina Batu Pahat di sini, malam tadi.

Hadir sama, Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat Boo Chin Liong dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu BERSATU memenangi 11 kerusi DUN iaitu Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.