Entertainment

‘Berdosa Besar Buka Aib Orang’ – Mak Wan Latah


Pelakon Mak Wan Latah diduga selepas mahligai rumah tangga yang dibina pada 22 Januari lalu hanya bertahan selama tiga bulan.

Artikel Berkaitan: Selepas Tujuh Tahun Menjanda, Mak Wan Kembali Bergelar Isteri Dengan Lelaki Umur 71 Tahun

Tak nak aib sesiapa

@_makwanlatahofficial Reply to @sijantunghati07 ? original sound – _makwanlatah

Menerusi akaun TikTok yang menggunakan akaun @_makwanlatahMak Wan, Mak wan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan dengan bekas suami, Husain Dolah, 74.

Kata pelakon berumur 61 tahun ini, dia tidak ingin membuka aib mana-mana pihak kerana hukumnya adalah berdosa besar.

Saya nak tak aibkan sesiapa. Biarlah Allah saja yang menentukan dosa pahala seseorang. Sebab kita ni berdosa besar buka aib orang, tambah pula bulan Ramadan ini.

Terima takdir tertulis

Dalam pada itu, pemilik nama Halimatussa’diah Mohd Daud reda dengan segala takdir yang sudah ditentukan Allah buat dirinya.

Biarlah apa yang berlaku, Allah saja tahu.

Pada Khamis lalu, media melaporkan Mak Wan sah bercerai dengan Husain, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Selepas selesai kes penceraian, timbul dakwaan yang mendakwa Mak Wan tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik hingga diceraikan talak satu oleh bekas suaminya.

Sekadar info, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Sumber: TikTok @_makwanlatah



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.