Politics

Ayu Damit dah ke Tanah Suci tunaikan umrah



najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas beberapa kali hasratnya mahu menunaikan umrah tertangguh akibat pandemik Covid-19, penyanyi Ayu Damit, 33, kini dapat juga ke Makkah buat kali kedua.

Ayu berkata, kehadirannya ke Tanah Suci sekarang adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan. 

“Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.

“Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja. 

“Saya pun sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya,” katanya. 

Ayu berangkat ke Makkah malam ini dan dijangka berada di sana selama 10 hari mulai esok.

Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik kepada penganjur.

“Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.

“Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah,” katanya.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.