Entertainment

‘Apa Yang Dia Buat, Sakit. Jadi, Saya Nak Jauhkan Diri.’ – Puteri Balqis Akui Hidup Lebih Baik Tanpa Kehadiran Ayah


Kini Trending

Pelakon, Puteri Balqis, mengakui hidupnya kini lebih baik tanpa kehadiran seorang ayah. Menurut Balqis, ayahnya yang dikenali sebagai Azizi Aziz sudah lama ‘menghilang’.

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Nafi Ibu Hisap Dadah, Memang Kurus Dari Dulu

Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini mengakui kehidupan tanpa kehadiran seorang ayah sejak berumur 10 tahun menjadikan dirinya lebih baik. Tambah Balqis, dia berasa hidupnya sudah cukup lengkap sekarang ini.

Kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik. Waktu ada dia, saya berdepan tekanan kuat. Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun. Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada. Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya lengkap, tak rasa kehilangan.

Ujar Balqis, dia cuma hanya ada ibu dan pengurus (Fariz) dalam kehidupan hari ini. Terdahulu, Balqis tampil mempertahankan maruah ibunya selepas wanita tersebut menerima pelbagai tohmahan. Balqis turut menjawab tuduhan yang mendakwa ibunya menagih dadah. Tegas Balqis, tuduhan tersebut merupakan fitnah dan tubuh badan ibunya sejak dari dulu lagi kurus disebabkan faktor metabolisme.



The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

Latest posts by Amirul Asraf (see all)





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.