Entertainment

Anak Azhar Sulaiman Tepis Dakwaan Guna Kabel Datuk Untuk ‘Intern’, Netizen ‘Backup’ Jawab SPM 7A 1B+ La!


Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi sebutan ramai selepas terpalit dengan isu penampilannya yang gemar berpakaian seksi.

Artikel Berkaitan: Kongsi Result SPM Anak, Putera & Puteri Azhar Sulaiman Raih Perhatian Ramai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar

Guna kabel datuk?

@leonathe2nddas all i hv to say HAHAHAHAHA? original sound – izzy

Baru-baru ini, perkongsian Leona menjadi pelatih industri di syarikat penerbangan AirAsia mendapat perhatian ramai kerana didakwa menggunakan ‘kabel.’

Untuk yang tidak mengetahui, Leona merupakan cucu kepada Datuk Pahamin Abdul Rajab yang merupakan Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Bhd.

Tampil memberi penjelasan di TikTok, selebriti media sosial ini menafikan khabar angin yang bertebaran di media sosial.

Saya beritahu datuk tentang latihan industri tersebut selepas saya dapat masuk.

SPM banyak A

Di ruangan komen, rata-rata warganet ‘backup’ dengan menyatakan Leona layak kerana memenuhi kredibiliti serta kelayakan akademik yang ditetapkan syarikat penerbangan terkenal itu.

Sebenarnya Leona seorang beauty with brain. Kalau dia tak ‘intern’ dekat syarikat datuk dia pun syarikat lain akan terima dengan berbesar hati.

Kalau aku jadi orang yang kena pilih pekerja.. Leona ni salah satu calon yang kuat la. Dia popular sesuai dengan skop kerja.

Punya la pandai Leona ni, boleh cakap dia pakai kabel.

Tanpa kabel pun masa SPM dia dapat banyak A kot. Jadi dia berjaya atas usaha sendiri.

Sebelum ini, Azhar pernah mendedahkan kejayaan Leona yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM pada tahun 2020 iaitu 7A 1B+.

Sumber: TikTok leonathe2nd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.