Entertainment

“Ampun Maaf Kami Terpaksa..” – Azhan Rani Hentikan Misi Bantuan Mangsa Banjir


Pelakon, Azhan Rani mengambil keputusan untuk menghentikan misi bantuan terhadap mangsa banjir yang dijalankan sebelum ini.

Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani berkata, keputusan itu dibuat berikutan beberapa faktor yang diambil kira.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu memohon maaf kerana gudang penyimpanan mereka di Sungai Choh itu hanya dipinjamkan tanpa bayaran.

Kami perlu pulangkan semula pada pemilik. Dia juga ada perniagaan di situ. Sahabat-sahabat sukarelawan kami juga perlu kembali pada tugas dan tanggungjawab hakiki masing-masing.

Tambah Azhan, mereka tetap akan menjadi tulang belakang buat mana-mana sukarelawan atau sesiapa jua yang ditimpa musibah setakat kemampuan mereka.

Ampun maaf kami terpaksa berhenti dulu di sini.

Menurutnya lagi, semua yang terbabit dalam misi bantuan banjir teramat letih.

Hampir jam 2 pagi baru sampai rumah. Bagilah peluang mereka tarik nafas dulu.

Misi bantuan yang dijalankan hampir 10 hari asalnya kerana mahu menghantar sekotak pakaian untuk mangsa banjir ke Meru.

Azhan Rani


22 jam lalu

“Jangan ‘Double Standard” – Azhan Rani Bersuara Isu Kerah Mangsa Banjir Untuk Tarik Perhatian VIP





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.