Entertainment

“Aku Nak Belasah Kepala Korang” – Rosyam Nor Perlekeh Wanita Di TikTok KPWKM, Rina Harun Digesa Letak Jawatan


Semalam, tular di media sosial TikTok dan juga Twitter apabila video memaparkan Rosyam Nor meminta orang ramai untuk hadir ke sebuah program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah seliaan YB Datuk Seri Rina Harun.

Apa yang menjadi tumpuan warga maya adalah apabila Rosyam didakwa netizen seolah-olah memperlekehkan wanita di luar sana.

Dalam video tersebut, Rosyam menggunakan ayat sindiran seperti “bangun lambat”, “perempuan ni/wanita ni semuanya lambat”, “eh bangkitlah”, “bangun daripada tidur” dan “aku nak belasah kepala korang”.

YB Rina yang turut berada bersama pegawai Yayasan Kebajikan Negara pada ketika itu dilihat hanya berdiri dan tersengih-sengih ketika pelakon itu melontarkan ayat-ayat tersebut di pejabat KPWKM.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempersoalkan kelulusan skrip dan juga video promosi yang dianggap seperti merendahkan martabat dan juga mempersendakan kaum wanita.

Malah, netizen di media sosial turut mengkritik video tersebut di mana rata-ratanya menganggap ia sebagai memalukan dan turut menggesa agar beliau meletak jawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tandas busuk tahan makan


21 jam lalu

Pelajar Sanggup Tak Makan ‘Breakfast’, Enggan Guna Tandas Sekolah Yang Kotor





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.