Entertainment

5 ‘Design’ Baju Melayu Yang Korang Boleh Cuba Semasa Hari Raya


1Syawal hampir tiba, sudah tentu ramai yang telah membeli baju raya ataupun sedang mencari jenis rekaan Baju Melayu yang menarik untuk dipakai sempena hari pertama Syawal. Maklumlah setelah 2 tahun tak beraya, mestilah kali ni ramai yang cuba nak nampak handsome. Jadi tahun ini untuk menjadikan diri anda, lelaki di luar sana nampak lebih menyerlah berikut merupakan jenis-jenis Baju Melayu yang boleh dipilih untuk digayakan pada hari raya.

5. Baju Melayu Cheongsam

Baju Melayu ini adalah gabungan design antara Melayu dan Cina. Baju ini memaparkan unsur-unsur budaya Cina dan Melayu membuatkannya unik dan butang mandarin yang diperbuat daripada benang khas ataupun daripada kain yang disimpul menjadi bentuk atau corak bunga atau daun menjadi pelengkap kepada baju ini. Selain itu, baju ini juga selalunya dibelah di bahagian depan sehingga bawah dan tidak dipakai dengan samping.

4. Baju Melayu Moden

Baju Melayu yang bersifat moden merupakan Baju Melayu yang tidak mempunyai pesak agar si pemakai nampak lebih kemas dan segak. Baju Melayu moden sekarang datang dalam pelbagai potongan seperti ‘smart fit‘ dan juga ‘slim fit‘. Dengan potongan seperti slim fit, Baju Melayu yang dipakai tidak lagi kelihatan longgar dan besar kerana ianya mengikut bentuk badan.

3. Baju Melayu Batik

Baju ini lebih kepada penggayaan formal dan selalu dipakai di majlis-majlis rasmi. Oleh kerana semasa musim hari raya, banyak open house yang akan diadakan. Jadi Baju Melayu batik dengan corak rekaan bunga dan daun ini sememangnya menjadikan si pemakai nampak simple dan segak semasa menghadiri majlis formal mahupun hanya beraya di rumah-rumah sahabat handai.

2. Baju Melayu Cekak Musang

Kenapa Baju Melayu ini dipanggil sebagai cekak musang? Ini kerana nama tersebut diambil daripada design kolarnya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk si pemakai. Selalunya, terdapat lima butang pada Baju Melayu Cekak Musang di mana dua daripadanya di bahagian leher dan selebihnya di bahagian bawah.

1. Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga merupakan Baju Melayu yang mempunyai rekaan simple iaitu hanya satu butang dan terdapat belahan pendek di bahagian leher. Baju ini juga dikenali sebagai Baju Melayu Johor dan biasanya baju ini dipakai tanpa memasukkannya atau di ‘tuck in‘ ke dalam samping.

Jadi apa tunggu lagi, boleh lah mula pilih rekaan yang anda rasa sesuai dengan diri anda sempena Hari Raya ini…

Sambutan raya


10 jam lalu

5 Aktiviti Mesti Cuba Sambut Raya Gaya Baru Tahun Ini





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.